Menjadi Pejuang

21/08/2010 14:02

Assalamualaikum, rindu pula mahu menitip tinta di sini :)

Banyak pengalaman baru yang saya tempuhi sehari dua ini. Pengalaman, ilmu, peluang yang Allah berikan untuk menyelami fikrah, pemikiran beberapa kawan dan persekitaran.

Cerita Satu

Hari Jumaat yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Forum Perdana Halalan Toyyiban. Pesta kecil turut diadakan di luar Dewan Ibnu Sina kami yang gah.

Ada booth "Sayangi Palestin" yang memaparkan tayangan perjuangan Faris Audan (tidak silap saya) anak kecil yang mati syahid menentang Israel. Dan, sesak sungguh khemah, pelajar khusyuk menonton video tersebut. Di sebelahnya ialah booth jualan baju-baju t-shirt dengan gambar Masjidil Aqsa, perjuangan Muslim, dan kata-kata semangat yang bisa menyemarak Mujahadah. Natasya beli satu. Saya mahu juga satu tapi ongkos tidak membenarkannya :)

Di sebelah gerai makan-makan di bawah kelolaan Tingkatan Enam, ialah booth jualan buku-buku Islami. Tidak menang tangan pak cik kedai buku itu melayan karenah. Saya beli sekeping Kesimpulanya, jualan waris!

Di sebelahnya ialah booth Halal Haram yang tentunya menayangkan video 'Halal Haram' makanan di Malaysia tentunya. Mengelakkan syubhah langkah yang wajib diambil oleh sesiapa sahaja!

Setelah itu, saya dan Natasya berlegar mencari Puan Halimah dari Kolej Matrikulasi. Mereka menjemput saya untuk mendeklamasikan puisi di sana untuk Majlis Penutup Malam Astronomi. Natasya setia penuh bahagia mahu menemani saya.

Kami tiba. Dengan sedikit kejutan budaya, ghodul basor jolah!

Puisi yang saya bawa, haha, puisi yang kalau mahu diberikan markah sepuluh, satu pun tak layak! Saya tidak membawa puisi yang dipenuhi fakta astronomi dan sebagainya, tetapi saya menyimpulkan 'keengganan objek samawi untuk menjalankan tugas mereka dengan suka melihatkan kepada keengganan budaya kita yang degil sungguh mahu mengikut suruhan Ilahi'..Allahuakbar!!!

Cerita Dua

Ketika duduk dengan Natasya, tiba-tiba datang seorang lelaki. Entah siapa-siapa?

"So, you are going to be ustazah lah??!!", sinis sungguh gaya bicaranya melihatkan kepada tudung hitam bulat labuh yang kami kenakan.

"We are Science Students...", saya cuba releks, memandang ke lantai, suara benar-benar jadi keras.

Natasya kemudian bagi 'tazkirah' disampuk saya yang kegeraman, sekali-sekala. Dia diam, muka memerah.

Dan, iya, kami berbahasa Inggeris dengan 'pemuda mat saleh' bermuka Melayu itu!

Kemudian, seorang rakannya, perempuan, memberitahu bahawa beliau ialah seorang lepasan guru yang akan mengajar Matematik di sekolah rendah.

Saya terfikir, inilah dia sikap bangsa Melayu, Islam pula yang memandang enteng terhadap pembudayaan Islam yang benar. Dan, heh, zaman sudah bergerak berubahlah. Yang bertudung labuh dan belajar agama tidak lagi milik seorang ustazah.

DAN, DENGAR SINI, GAYA HIDUP ISLAM BUKAN HANYA UNTUK USTAZ USTAZAH TETAPI KEPADA SEMUA ORANG ISLAM!!!

Dia memalingkan muka dan malas mendengar hujah kami, terus berdiri berlalu pergi.


Cerita Tiga

Tadi dalam kelas Sejarah, cikgu Hassan membuka cerita tentang isu Palestin, sejarah peperangan Iraq dan Iran yang disokong Amerika Syarikat dengan Rusia sebagai lawan. 'Hebat'! Perang Dingin untuk menguji kekuatan tetapi menumpahkan darah Orang Islam!

Kemudian, seperti biasa, usai kelas, perbincangan diteruskan. Saya lebih suka menggelarnya sebagai sesi perkongsian ilmu. Izzudin mula bercakap tentang perang, nuklear dan sejarah. Aiman pula bercakap tentang cara untuk kita bertindak dan hmm, tindakan perlu dilakukan cepat!. Saya mendengar, menyampuk sekali-sekala.

Dan kalau Farah tidak khusyuk membuat Matematik Tambahan, dia tentu akan berbisik kepada saya tentang 'Metologi Greek' dan cerita sejarah-sejarah yang tiada dalam buku teks!

Izzudin berjaya mencipta, merealisasikan Pelancar Roket. Melihatnya macam mortar pula. Sesuailah dengan kumpulan kami yang membentangkan Teori Newton. Dan, ketika Pameran Bulan Sains dan Matematik hari itu, Pelancar Roket Izzudin memang berjaya menarik minat semua. Cikgu Rafidah pinjam untuk menggemparkan lagi upacara penutupan! Tahniah, Din!

Pun begitu saya tahu, Din tidak keseorang mendukung minatnya. KEJORA, SIXTEN ( nama batch saya dalam dua bahasa:) mempunyai potensi yang besar yang perlu sungguh-sungguh digilap. Kami ada pakar Fotografi dan ICT ( Syazadiyanah, Syihan, Faris), penulis skrip drama yang pementasannya, Alhamdulillah, sentiasa berjaya dengan wasilah dakwah yang tersimpul ampuh (Natasya), pakar metologi Greek (Farah:), pakar Bahasa Inggeris yang sedar agama (Aliaa dan Aaminah), pakar bahasa Arab yang hebat Sains (Qhoirun, Wani) dan banyaaaakkkkk lagi. Menariknya, mereka mengenali potensi diri, sentiasa mencari peluang dan ruang untuk memperkembang bakat. Guru-guru pula memberikan sokongan dan menyediakan tempat untuk kami bernafas bebas mengikut kemahuan sendiri.

Paling penting, KAMI MENJUNJUNG TAUHID YANG SATU! KAMI LAKUKAN UNTUK AGAMA, ILMU BUKANLAH UNTUK A+ SPM, TETAPI SEMUANYA DILAKUKAN PENUH SEDAR DEMI KEMASLAHATAN AGAMA, BANGSA DAn NEGARA!

Allahuakbar!

Apa yang cuba saya cakapkan ialah, remaja hari ini perlu, wajib menjadi remaja yang meletakkan sikap, mengenali potensi diri dan menjadi remaja yang sedar. Untuk remaja Islam, anda perlu mensyukuri dua nikmat paling tinggi yang diberi Allah, ISLAM dan TAQWA. Berhenti memandang skeptis terhadap Islam yang sentisa dipandang remeh dan lekeh. Untuk pengetahuan anda, Islamlah satu-satunya agama yang menyediakan penyelesaian terhadap semua masalah kehidupan seharian. Dari hal-hal perkahwinan, harta pusaka, cara mengatasi pemberontak, pemerintahan. Islam mewajibkan akan pemerintah supaya bersikap adil kepada semua, termasuklah yang bukan Islam. Ada hadis Nabi yang menyebut bahawa Baginda tidak akan bersama dengan orang yang tidak berlaku adil kepada Kafir Zimmi (bukan Islam yang tidak bermusuhan dengan Islam). Islam tidak pernah menghalang kita berkawan baik sesama bukan Islam. Nabi Muhammad berlaku baik dengan yang bukan Islam. Yang menjadi masalah ialah kita berkawan baik dengan orang memusuhi, bahkan terang-terangan menentang dan membunuh saudara kita.

Banyakkan membaca tentang Islam. Untuk pelajar bukan kelas agama, sebagai permulaan anda boleh dapatkan Buku Teks Syariah Islamiyah dan Quran Sunnah Tingkatan Empat dan Lima. Kalau tidak boleh membaca tulisan jawi, jangan risau, saya menyarankan anda melawati laman web I LUV ISLAM, HALAQAH, SAIFULISLAM. COM dan banyak lagi yang boleh anda terokai. AMARAN, SISTER IN ISLAM ADALAH DIHARAMKAN KERANA MEREKA BERHUJAH BERDASARKAN OTAK MANUSIA YANG LIMIT. Insya-Allah, kita akan cakap tentang ini lagi.

Paling mudah, dapatkan Majalah SOLUSI terbitan TELAGA BIRU. Khatam dari kulit ke kulit dan jangan ketinggalan untuk setiap isu. Dekatilah Majlis Ilmu di surau dan masjid. Gerakkan langkah pertama kita untuk istiqamah solat berjemaah. Bagi lelaki, ketahuilah bahawa anda pemimpin, persiapkan diri dengan Ilmu dan Pengalaman yang akan mematangkan. Perempuan, menutup diri bukan alasan minda kita ikut sama tertutup.

Perbincangan sudah tidak akan membawa kita ke mana-mana jika kita tidak bergerak. Kesedaran beragama bukan milik pelajar SEKOLAH AGAMA. Kepandaian, kebijaksaan, kepemimpinan bukan milik pelajar SBP atau MRSM, perpaduan dan kefahaman antara satu sama lain bukan lagi milik orang MELAYU tetapi juga dijunjung sama oleh kaum CINA dan INDIA dan lain-lainnya. Kita di mana pun, Allah memandang kita serupa sahaja yang membezakan ialah iman. Iman dan Taqwa. Ayuh, kita sama-sama berjuang! Ramadhan masa terbaik untuk bertransformasi ke arah lebih baik :)

 

Sumber diambil dari blog Johan Pidato Piala DiRaja 2009