NILAM

15/08/2010 14:52

Sejauh manakah keberkesanan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) dalam memupuk budaya pembacaan dalam kalangan pelajar di sekolah? Pada pandangan saya, program ini masih lagi dilihat belum berjaya sepenuhnya dalam membudayakan pembacaan secara sepenuhnya. apakah budaya pembacaan yang diharapkan? Sejauh manakah NILAM mampu untuk merintangi pelbagai halangan yang wujud dalam sistem pendidikan hari ini?

 

RINTANGAN

Pada pandangan saya sebagai seorang guru, berikut ialah beberapa rintangan yang dihadapi dalam mebudayakan pembacaan dalam kalangan pelajar...

 

SISTEM PENDIDIKAN BERORIENTASIKAN PEPERIKSAAN

Bagi pelajar  yang mengambil serius peperiksaan sebagai satu-satunya jalan untuk berjaya, mereka menjadi manusia yang hanya mementingkan ilmu yang berlegar dalm lingkup buku teks. Mereka takut untuk menguliti buku-buku yang tidak termasuk dalam silibus. Kadangkala mereka gagal untuk berfik