Sejauh mana pendidikan kita membaiki masyarakat?

10/12/2010 20:34

Iya, sejauh mana pendidikan kita membaiki masyarakat?

 

Apakah kita sudah sampai sejauh Matahari, atau kita sudah menopang langit bumi, atau apakah kita rupanya masih di sini, atau, ahh, kita tambah terkebelakang lagi?

 

Sekurang-kurangnya kita perlu sedar bahawa kita belum berjaya bergerak sejauh ke China seperti hadis Nabi!

 

Namun, dalam konteks polemik 'membaiki' (istilah membaiki: bayangkan masyarakat seperti sebuah kereta), kita perlu kembali mengecilkan skop perbincangan. Apakah yang dimaksudkan dengan 'membaiki masyarakat'?

 

MEMBAIKI MASYARAKAT

Saya tidak ingin melihat konteks 'pembaikan masyarakat' dalam skop yang universal. Cukuplah untuk kita berbincang 'pembaikan' ini berlaku dari segi perwatakan dan sahsiah masyarakat setempat yang kita boleh tengok apabila berjalan di tepi kaki lima Pekan Kepala Batas yang sesak, atau boleh kita baca dalam akhbar-akhbar murah yang akhirnya kita jual pada Ah Seng Old Newspaper.

 

Masyarakat. Adakah semakin baik atau sebaliknya? Kayu ukur perbincangan amat mudah, kita akan mengambil kira segenap masyarakat yang pernah bergumal dalam pendidikan negara yang diiktiraf baik oleh UNESCO ini :D

 

Perwatakan masyarakat ini bahkan boleh dilihat melalui BUPA; BAHASA, UNDANG-UNDANG, PERGAULAN dan AGAMA.

 

1. BAHASA

Saya rasa, berlembut bukan lagi jalan yang terbaik untuk bercerita mengenai bahasa kita.

Saya bahkan bukanlah fanatik bahasa, apatah lagi sanggup mogok tidak mengajar setelah PPSMI dilancarkan kerana terlampau taksub menjunjung Bahasa Melayu, cuma yang merisaukan saya ialah apakah perspektif kita kepada bahasa kita?

 

Apabila PPSMI dilaksanakan, di sinilah kita mula melihat keberanian beberapa pihak untuk menjadikan nasib bangsa kita semakin 'baik'? Tindakan ini merupakan respon terhadap kedaifan kebanyakkan daripada pelajar kita untuk berbahasa Inggeris. Transformasi pendidikan yang luar biasa ini sekadar menyebut Sains dan Matematik ini sebenarnya melibatkan subjek Fizik, Kimia, Biologi dan Sains yang merupakan subjek teras untuk pelajar kita terjun ke aliran sains di peringkat tertiari.

 

Mujur sekali, pembuat dasar dan pemuka masyarakat lekas tersedar bahawa PPSMI gagal memberi maslahah bahkan membawa masalah. Guru-guru yang 'terkejut' dan 'kurang bersedia' tidak boleh disogok elaun PPSMI untuk diam, mereka arkitek bangsa dan mereka tahu realiti keadaan pendidikan mutakhir ini kerana mereka berada di tempat kejadian.

 

PPSMI tidak sekadar memberi kesan kepada anak Melayu Islam yang mewakili bahagian terbesar pendidikan negara, tetapi seakan-akan menutup pintu ilmu Sains dan Matematik ini untuk anak-anak luar bandar yang terdiri daripada kaum Cina, India dan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.

 

Bahkan, PPSMI ibarat jentolak yang mengorek dan merobek ruang dan memperlebar jurang pendidikan masyarakat bandar dan luar bandar. Saya rasa tiada yang terkejut lagi bahawa memang ramai yang tidak faham dan tidak boleh berbahasa Melayu. Mereka tidak sahaja terdiri dalam kalangan Cina atau India tetapi termasuklah kaum Melayu sendiri.

 

Baguslah :P

 

Sudahlah, saya rasa sangat sia-sia kita, guru-guru bahasa Melayu ini bertelagah lidah tentang 'Bahasa Melayu' atau 'Bahasa Malaysia'. Kita yang memilih wakil rakyat, wakil kita, dan kita terpaksa menelan segala perintah yang tidak mendengar suara kita. Perjuangan yang mengambil masa ini akh...akhirnya dibayar.

 

PPSMI bakal dimansuhkan. Mujur, mujur sekali Pak Najib yang cerdik melancarkan '1 Malaysia'  yang bertujuan menyatupadukan bangsa. Iya, Pak Najib tentu faham bahawa perpaduan negara tidak dapat dicapai dengan Bahasa Inggeris tetapi dengan bahasa sendiri. Iya, bahasa sendiri.

 

2.Undang-undang

 

Kita bandingkan undang-undang masa kini dengan undang-undang zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Melayu Melaka seperti yang kita sedia maklum mengamalkan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka yang berteraskan syariat Agama.

 

Sekarang, undang-undang kita yang berteraskan syariat Agama termaktub sekadar kepada perihal nikah-menikah dan pengurusan harta. Undang-undang Islam tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya.

 

3. Pergaulan

 

Dahulu, meski wanita tidak sepenuhnya menutup kepala dan hanya berselubung kain batik, zaman dahulu beda sungguh, wanita dijagai sifat malu yang bertempat.

 

Sekarang?

 

 

 

(peperiksaan semakin menghampir,perlu ada limit mengadap komputer:)