langkah demi langkah

12/07/2010 16:56

Selangkah demi selangkah kini aku memperbaiki diri dalam semua aspek. Hari ini dalam fikiran aku kenapa ya ada murid gagal dalam Bahasa Melayu Sedangkan ibu dan bapanya orang Melayu. Mereka lebih mahir berbahasa Inggeris,bukan sahaja bertutur tetapi membaca buku Bahasa Inggeris perbualan di rumah juga berbahasa Inggeris.

                Adakah betul seperti PM kita yang Melayu mudah lupa. Mustahil juga kita berada di kawasan majoriti berbangsa Melayu sedangkan bangsa lain seperti India dan Cina juga mahir berbahasa Melayu ini kan pula kita.

   Memang betul kita d takutkan dengan kata-kata orang tua kita dahulu " Jangan kau jadi macam bapaknya kerja kampung aje,duit tak ada" tetapi kita tidak diminta untuk melupakan terus bahasa sehingga lupa mengajarnya kepada anak cucu kita....